Sejarah Bayern Munich Fan Club Di Malaysia

Sejarah Die Hard Fans untuk kelab Bayern Munich Malaysia wujud selepas World Cup 1990. Rata-rata peminat pasukan German ketika itu turut meminati beberapa Kelab dalam Bundesliga seperti FC Bayern Munich, Borussia Dortmund, FC Schalke dan Borussia Monchengladbach. Remaja-remaja pada zaman itu, memang tidak ramai yang meminati Bayern Munich melainkan sekumpulan kecil yang ketika itu sedang menuntut disekolah menengah dan Universiti. Saat terbaik pada 1994, pasukan Bayern Munich telah bertandang ke Stadium Shah Alam sempena 'mini tournament' untuk pembukaan dan perasmian Stadium Shah Alam, Selangor. Kelab yang bertanding ketika itu adalah, Pilihan Selangor, Bayern Munich (Germany), Flaminggo (Brazil) dan Dundee United (Scotland). Format nya lebih kurang sama dengan AUDI CUP. Semi Final Bayern Munich bertemu Pilihan Selangor manakala Dundee United bertemu Flaminggo. Flaminggo dari Brazil telah menjuarai 'mini tournament' tersebut dengan menewaskan FC Bayern Munich yang dibarisi barisan pemain muda seperti Mehmet Scholl dan Dietmar Hamann. Menonton permainan kelab idaman hati bermain secara live di Malaysia menjadi satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Beberapa anak muda yang bersekolah di sekitar Klang dan Shah Alam pada tahun 1994 termasuk beberapa pemain Piala President Selangor ketika telah mewujudkan mini kelab peminat Bayern Munich sesama mereka. Ada kumpulan yang menggelar diri mereka FC Bayern Mucnhen Malaysia, Die Roten Malaysia, Die Roten Klang, Bayern Klang dan sebagainya. Ada juga melanjutkan pelajaran ke Jerman kerana minatnya terhadap Bayern Munich. Bayern Munich semakin dekat dan melekat dihati mereka sejak perlawanan Champions League 1999 dan 2001. Tahun-tahun demi tahun, muncul pelbagai kumpulan anak muda yang baru di Malaysia yang mahu menjadi peminat sejati Bayern Munich. Bayern Munich yang kaya dengan sejarah yang terhebat dan kekal hebat hingga ke hari ini. Hari ini, mereka-mereka semua pasti sudah agak berusia. Merekalah pelopor pelopor Fan Club Bayern Munich di Malaysia. Walapun tidak dikenali secara main-stream, tetapi mereka ini hanya dikenali sesama rakan sebagai peminat tegar Bayern Munchen No.1 dan juga turut dihormati oleh rakan-rakan yang meminati kelab-kelab dari EPL.
 
Copyright © 2006 Viral Terkini - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info