Rancang Percutian 2015 Anda Dengan MAS


Warga Malaysia yang yang bercadang untuk merancang percutian pada tahun 2015, boleh dapatkan maklumat dari Malaysia Airline Systems (MAS).

Terkini MAS menawarkan tambang pergi balik termasuk semua murah ke London, Paris atau Istanbul pada RM2,499 di samping Sydney atau Melbourne pada RM1,450 untuk perjalanan mulai 17 Januari atau 1 Mac sehingga 30 November 2015.

Jualan itu yang berlangsung mulai hari ini, 14 Januari hingga 24 Januari 2015 akan membolehkan anda merancang perjalanan anda sepanjang tahun ini, kata Naib Presiden Kanan Serantau MAS untuk Malaysia, Datuk Muzammil Mohamad dalam satu kenyataan bersama media.

Beliau berkata, destinasi antarabangsa lain yang ditawarkan ialah tambang termasuk semua ke Shanghai (daripada RM999), Singapura (daripada RM250) dan Denpasar serta Ho Chi Minh (daripada RM450).

Tawaran 'Istimewa 2015' MAS itu akan bermula pada tengah malam ini, katanya, dengan menambah ia juga ditawarkan untuk kelas bisnes (daripada RM699) bagi destinasi domestik dan antarabangsa.

"Promosi hebat daripada serendah RM129 untuk tiket pergi balik termasuk semua bagi destinasi domestik dan RM199 (tambang pergi balik termasuk semua) bagi laluan antarabangsa untuk kelas ekonomi juga boleh diperolehi," katanya.

Destinasi domestik yang ditawarkan termasuk Kuala Lumpur ke Langkawi, Johor Baharu, Kuantan, Kota Baharu, Terengganu, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu.

Semak tarikh cuti umum 2015 anda disini bagi memudahkan perancangan cuti anda.
 
Copyright © 2006 Viral Terkini - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info