Vietnam |
1. Rancang aktiviti terlebih dahulu dan buat kajian lokasi sebelum ke sana. Google terlebih dahulu.
2. Semak kalendar dan cuti cumum di Vietnam bagi mengelakkan kesesakkan dan peningkatan harga Hotel.
3. Simpan gambar-gambar tempat hendak yang dituju dalam smartphone anda terlebih dahulu. Ia dapat menjimatkan masa dan wang.
4. Sentiasa semak harga tiket penerbangan untuk dapat harga yang ekonomi. Seeloknya rancang perjalanan 3 bulan lebih awal.
5. Tidak perlu ambik tour pakej di sana. Cukup sekadar ambil teksi. Pilih teksi Vinasun dan Mailinh kerana servisnya bagus dan dipercayai. Tambang teksi di sana sangat berpatutan.
6.. Bagi memudahkan pergerakan di sana, gunakan gambar-gambar tempat yang ingin dituju. Kebanyakan pemandu teksi tidak pandai berbahasa Inggeris mahupun berbahasa Melayu.
7. Tukar mata wang Vietnam Dong di sana. Kadar tukaran wang di sana lagi tinggi berbanding di Malaysia.
8. Kadar untuk not RM50 dan RM100 lagi tinggi berbanding not RM yang lain.
9. Kepada suka membeli-belah, dicadangkan duduk di kawasan Cho Bent Thanh. Siang malam boleh pergi shopping. Restoran makanan halal pon banyak di sini.
10. Untuk percutian secara ekonomi, penginapan di hotel bajet sudah memadai. Kebanyakan hotel bajet selesa dan kemas. Jangan risau, hotel bajet juga ada perkhidmatan WiFi.
11. Tempat menarik untuk membeli-belah di sana: Cho Ben Thanh, Cho Ben Thay, Russian Market, Saigon Square dan Taka Plaza.
12. Sebaiknya, bawa extra mee segera atau roti untuk keperluan jika lapar pada waktu malam.