Hayati Keindahan Kolam Semula Jadi Ajaib dan Unik di Pulau Samoa


Sebuah kolam semula jadi di Pulau Samoa disebut-sebut sebagai kolam renang ajaib dan unik disebabkan keindahan serta kedudukan lokasi itu di sebuah pulau gunung berapi. Ia digelar sebagai To Sua Ocean Trench atau maksudnya, ‘lubang besar’, kolam itu terletak di Kampung Lofataga, selatan pesisiran pantai Pulau Upolu di Samoa dan keindahannya mampu memberi ketenangan kepada pengunjung.

Kolam ini terhasil akibat letusan gunung berapi di pulau tersebut menyebabkan permukaan tanah tenggelam, sekali gus membentuk lubang sedalam 29.8 meter. Kawasan lands­kap yang hijau bersesuaian dengan kejernihan air kolam selain dihiasi dengan kehadiran ikan tropika dan berlantaikan pasir pantai.

Pengunjung perlu menuruni tangga yang disediakan khas untuk menikmati keseronokan mandi di kolam itu yang bersambung dengan Laut Pasifik Selatan menerusi beberapa tali air menyebabkan airnya tidak akan kering.

Bagi melindungi kawasan se­mula jadi itu dan mengekalkan tahap keselamatan laluan pengunjung ke kolam, sejumlah bayaran dikenakan:

  • AS$15 (RM45) - dewasa
  • AS$6 (RM18) - kanak-kanak (atas 7 tahun) 
  • PERCUMA untuk kanak-kanak yang berusia 7 tahun ke bawah.
 
Copyright © 2006 Viral Terkini - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info