Dusun Buah-Buahan Desaru Terletak di atas 100 ekar tanah, Ladang Buah-buahan Desaru menjanjikan masa yang menyeronokkan kepada para pengunjung di samping mempelajari tentang buah-buahan tropika negara. Dengan lebih 100 jenis buah-buahan tropika, 10 spesis tumbuhan, zoo, kolam ikan koi dan tarikan lain, lawatan di sini menjanjikan satu pengalaman yang menarik untuk seisi keluarga.
Belajar cara-cara untuk memilih buah-buahan yang baik, dan cuba rasai buah-buahan tempatan seperti nangka, limau madu, air jambu batu, durian Belanda, dan ya, raja buah-buahan - durian. Anda boleh membeli buah kegemaran anda. Amalan pertanian yang baik memastikan bahawa buah-buahan di sini adalah kualiti tertinggi.
Ladang Buah-buahan Desaru yang diselenggara dengan baik mendapat anugerah khas pada tahun 2006 daripada Kementerian Pertanian Malaysia, Hortikultur dan Agro-Pelancongan (MAHA) sebagai tapak pelancongan pertanian yang terbaik di Malaysia. Justeru itu, adalah tidak menghairankan bagi ladang itu terus menerima pelancong dari seluruh dunia.
Datang untuk lawatan separuh hari, atau menghabiskan waktu semalam atau dua dengan pakej yang ada. Dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari. Tempahan awal dalam kumpulan adalah disyorkan.
Panduan Perjalanan
Menaiki Kereta atau TeksiUntuk pergi ke Ladang Buah-buahan Desaru, tuju ke arah Kota Tinggi. Dari pusat bandar Johor Bahru, melalui jalan raya Johor Bahru-Kota Tinggi (45km). Dari bandar Mersing gunakan jalan utama Mersing-Kota Tinggi; dari lebuh raya Utara-Selatan, susur keluar di Pasir Gudang atau pertukaran Kulai dan dari bandar Kota Tinggi ke Ladang Buah-buahan Desaru sejauh 39km.
Menaiki Kereta atau Teksi (dari Lapangan Terbang Senai)
Apabila tiba di Lapangan Terbang Senai, anda boleh menaiki teksi atau menyewa kereta untuk perjalanan ke Ladang Buah-buahan Desaru. Dari Lapangan Terbang Senai, anda akan meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi. Ladang Buah-buahan Desaru adalah kira-kira 39km dari Bandar Kota Tinggi.
Menaiki Feri
Alternatif lain adalah dengan menggunakan perkhidmatan feri berhawa dingin, kira-kira 30 minit dari Terminal Feri Changi (Singapura) ke Tanjung Belungkor, dan 30 minit lagi melalui pengangkutan darat ke ladang tersebut.
Sila Hubungi
Dusun Buah-Buahan Desaru
Alamat:
No. 1, Sungai Cemaran, Desaru, 81900 Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Telefon: +607-822 3886/2886
Faks: +607-822 4886
E-mel: sales@desaruff.com