Rumah persendirian yang diberi nama Istana Bunian ini direka dan dibina seorang diri oleh Hashyim Rahman di Kg Tok Burung Bachok Kelantan. Hashyim Rahman merupakan seorang tukang rumah yang terkenal dengan hasil kerja seni yang sangat teliti.
Kerja-kerja pembinaan Istana Bunian ini telah dimulakan sejak tahun 1981 lagi. Namun, Setakat hari ini, ia masih belum siap 100%. Sdr Hashyim membinanya seorang diri sahaja. Jika beliau tidak berpuas hati, beliau akan memecahkan bahagian tertentu dan membinanya semula dengan idea yang baru.
Jika berkunjung ke Bachok, cari lah Kg Tok Burong dan Anda boleh lihat hasil kerja beliau yang sangat teliti dan berseni.