Jom Ke Legoland Sempena Cuti Hari Merdeka


Kemana anda hendak pergi bercuti sempena cuti Hari Merdeka. Cuti Umum 31 Ogos jatuh pada Hari Isnin. 29 Ogos - 31 Ogos adalah hari yang terbaik untuk pergi merehatkan badan dan minda.

Taman tema Legoland Malaysia, adalah yang pertama di Asia dan terletak di Nusajaya, Johor. Ia terletak di kawasan seluas 76 ekar dan adalah taman teman keenam seumpamanya yang dibuka di dunia.

Taman tema Legoland yang dibina sebelum ini terletak di Billund, Denmark (1968), Windsor, England (1996), California, Amerika Syarikat (1999), Jerman (2002) dan Florida, Syarikat (2005).

Legoland mempunyai lebih 40 tarikan yang dibina khusus untuk seisi keluarga. Antara tarikan yang terdapat di sini termasuk Miniland, di mana lebih 30 juta bongkah lego digunakan untuk membina monument terkenal dunia seperti Menara Kembar Petronas, Merlion, Taj Mahal, Candi Borobodur dan lain-lain.

Bangunan ini direka menggunakan bongkah lego dengan skala 1:20. Yang menariknya, anda boleh melihat karya ini ‘hidup’ dengan hanya menekan butang, dan menyaksikan kapal terbang, keretapi dan pejalan kaki bergerak! Tarikan lain di taman tema ini termasuk Lego City, Land of Adventure, Imagination, Lego Kingdom and Lego Technic.

Di taman tema tersebut, terdapat juga Menara Pemerhati, struktur tertinggi di Legoland Malaysia kira-kira 60 meter di atas tanah. Ini adalah juga menara pemerhati ketiga Legoland yang dibina di dunia, setelah menara yang sama dibina di Denmark dan Jerman.

Legoland benar-benar suatu taman teman yang menakjubkan dan sesuai dikunjungi seisi keluarga!

Panduan Perjalanan


Melalui Kereta
Dari utara melalui link Kuala Lumpur/Tuas – Dari lebuhraya Utara Selatan, ikut arah ini dan ambil susur keluar 253 ke Tuas/Nusajaya/Pontian/ Tanjung Pelepas (susur keluar ini bdilihat setelah mengambil susur keluar Kulaikaya/Kota Tinggi). Setelah itu, anda akan memasuki kawasan Toll Lima Kedai dan pandu ke arah Pertukaran Pulai (Pulai Interchange). Pandu sehingga anda melihat susur keluar (312) ke Gelang Patah. Di sini, anda harus mengambil jalan menuju Kota Iskandar. Anda akan dapat melihat papan tanda menunjukkan Johor Legoland sebelum sampai di Kota Iskandar.

Selain itu, anda juga boleh ke Legoland dari Johor Bahru menggunakan Lebuhraya Pesisiran Pantai. Dari Johor Bahru, ambil lebuh raya pesisiran pantai ke Nusajaya/Kota Iskandar dari arah Taman Perling. Pandu sehingga kawasan bertol dan ambil susur keluar arah Kota Iskandar. Anda akan tiba di Johor Legoland terlebih dahulu sebelum tiba di Kota Iskandar.

Dari Singapura, anda juga boleh ke Johor Legoland melalui Tuas (link kedua). Anda memandu sehingga Pertukaran Gelang Patah (Gelang Patah Interchange) dan ambil susur keluar 213 dan pandulah mengikut papan tanda sehingga ke kawasan Legoland dan Kota Iskandar.

Sila Hubungi


Legoland

Alamat:
7 Jalan LEGOLAND Bandar Medini, Iskandar Malaysia 79250 Nusajaya, Johor.

Telefon: +607-597 8888 (Isnin - Ahad, 8.30am - 5.30pm)

Faks: +607-597 8804

E-mel: info@LEGOLAND.my
 
Copyright © 2006 Viral Terkini - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info