Taman Negara Tanjung Piai


Jika anda pernah membayangkan untuk tidur ditemani desiran ombak, atau bangun menikmati keindahan alam semulajadi, Tanjung Piai merupakan sebuah tempat ajaib yang dikelilingi alam semulajadi yang terletak di hujung paling selatan di Asia.

Terletak 90km ke selatan bandaraya Johor Bahru, keajaiban alam semulajadi Tanjung Piai telah diwartakan sebagai Taman Negara. Ia mempunyai kawasan paya bakau yang cantik, penting untuk pertahanan mereka, juga merupakan kawasan penting untuk memastikan kelangsungan hidup pelbagai hidupan di paya bakau. Ia juga melindungi tanah daripada pukulan ombak laut yang ganas.

Saksikan ikan tembakul yang bermata besar, kera yang lucu, burung-burung liar dan hidupan liar yang lain. Platform dibina di sepanjang taman untuk membenarkan pengunjung melihat pelbagai habitat yang disokong oleh paya bakau ini. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai untuk ke sini.

Panduan Perjalanan

Menaiki Bas atau Teksi

Tanjung Piai terletak kira-kira 75km dari Johor Bahru. Pada masa ini tiada perkhidmatan bas secara terus ke Taman Negara Tanjung Piai. Terdapat perkhidmatan teksi dari stesen bas Pontian di pusat bandar ke pintu masuk Tanjung Piai di Sungai Belukang. Pastikan anda menempah perjalanan pulang ke bandar terlebih dahulu dengan pemandu teksi anda.


Menaiki Kereta

Dari Kuala Lumpur, ambil Lebuh Raya Utara-Selatan melepasi Machap, kemudian masuk ke susur keluar Simpang Renggam (Persimpangan 247) ke lebuh raya menuju ke Tanjung Piai, melalui lebuh raya Benut-Pontian-Kukup (Lebuh Raya 96, Lebuh Raya 5 dan Lebuh Raya 95). Apabila anda sudah tiba di Kukup, ikut papan tanda menuju ke Tanjung Piai.

Sila Hubungi


Pelancongan Malaysia Johor

Alamat:
L3-26 Aras 3, Bangunan JOTIC, 2 Jalan Ayer Molek, Johor Bahru 80000, Johor, Malaysia

Telefon: +607-222 3590/3591
Faks: +607-223 5502
 
Copyright © 2006 Viral Terkini - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info