Tempat-tempat menarik di Putrajaya

Anda merancang untuk pergi jalan-jalan ke Putrajaya? Ramai yang tidak mengetahui terdapat banyak tempat menarik sekitar Putrajaya. Jangan lupa singgah di tempat-tempat menarik Putrajaya yang aku senaraikan berikut.

1. Jambatan Putrajaya


Tak lengkap rasanya tak singgah di Jambatan Putrajaya kalau datang ke Putrajaya. Jambatan Putrajaya memang penuh dengan kenderaan bila waktu malam lagi-lagi weekend. Ada yang datang bergambar, lepak, dan menikmati keindahan waktu malam di Putrajaya. Pengalaman yang paling best di Jambatan Putrajaya mestilah surprise birthday di Jambatan Putrajaya. =D


2. Presint 2, Putrajaya


Bangunan-bangunan kerajaan yang sangat unik & cantik ukirannya boleh didapati di presint 2, Putrajaya. Firstime datang sini memang sangat kagum dengan kecantikan dan keunikan seni ukiran bangunan di Presint 2 seperti Mahkamah Kehakiman. Pengantin baru sering menjadikan lokasi ini untuk sesi outdoor photoshoot.

3. Taman Botani, Putrajaya


Korang semua kalau singgah di Taman Botani jangan lupa merasai pengalaman berbasikal di Taman Botani. Serious memang sangat best dan tak jemu mata memandang pemandangan yang sangat cantik sekitar Taman Botani. Boleh juga berbasikal di Taman Wetland sambil menikmati keindahan flora & fauna kat sana. Burung-burung kat dalam Taman Wetland cantik-cantik tau.

Sempat naik ke puncak menara tinjau di Taman Wetland. Menara tinjau ini agak tinggi. Tapi jaga-jaga sebab tangga sudah ada tanda mereput. Mohon pihak yang berkenaan ambil tindakan.

4. Alamanda, Putrajaya


Alamanda, Putrajaya merupakan satu-satunya pusat membeli belah di Putrajaya. Nak tengok wayang, main boling, karaoke, shopping, etc bolehlah ke Alamanda Putrajaya ye. Walaupun Alamanda tidaklah sebesar Midvalley/Berjaya Times Square tapi aku yang noob nie boleh pulak tersesat masa kali pertama datang sini lol.

Maklumat lanjut mengenai Alamanda, Putrajaya macam nak tahu perkhidmatan apa yang disediakan di Alamanda, butik/restoran/fast food apa yang ada dekat sana korang boleh rujuk website nie.

5. Dataran Masjid Putra


Memang meriah Dataran Masjid Putra terutama hujung minggu. Ibubapa bawa anak-anak diorang berkumpul di sini main belon gergasi, kereta mainan, basikal roda tiga, dan macam-macam permainan lagi lah yang sesuai untuk kanak-kanak ribena.

Jika stress dengan kerja kalau nak menghiburkan hati bolehlah datang Dataran Masjid Putra sambil tengok gelagat kanak-kanak di sini. Bila dengar azan, boleh terus berjemaah dekat Masjid Putra.

Ini baru sedikit. Terdapat beberapa lagi taman-taman dan tempat menarik lain yang lain. Mengenai tempat-tempat menarik yang lebih terperinci di Putrajaya, korang boleh rujuk website ini.
 
Copyright © 2006 Viral Terkini - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info