Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, satu daripada 8 bukit batukapur yang terdapat di Lembah Lenggong. Ekskavasi bermula sekitar 1990 telah mendapatkan bukti Paleolitik Akhir dari 13,000-10,000 tahun dahulu. Ini adalah tapak gua tertua di Lembah Lenggong.
Gua yang berusia lebih 54 ribu tahun ini mendedahkan banyak bukti alat batu, sisa makanan dan juga satu rangka manusia Paleolitik Akhir. Manusia Perak adalah satu-satunya rangka Paleolitik yang paling lengkap ditemui di negara ini. Adat istiadat pengkebumian, barang kiriman pengkebumian, rupa bentuk, penyakit Manusia Perak ini telah memberikan gambaran yang jelas tentang masyarakat Paleolitik Pleistosen Akhir Negara.
Panduan Perjalanan
Melalui Darat
Lenggong terletak di Route 76, yang menghubungkan Kuala Kangsar dengan Baling. Ikut laluan lebuhraya Utara- Selatan (E1) dan ambil susur keluar di Kuala Kangsar (Exit 143). Ambil laluan Route 76 ke arah Baling. Tapak arkeologi di Lenggong termasuk Bukit Jawa, Kota Tampan, Gua Gunung Runtuh dan Gua Harimau.Sila Hubungi
Jabatan Warisan Negara Zon Tengah
Zuraini bt Zamri
Telefon: +6019-567 2455
Pusat Informasi Pelancongan Hentian R&R Raja Muda Nazrin, Tasik Raban Lenggong
Telefon: +605-7512350