Percutian Santai dan Mendamaikan di Limastiga, Melaka

Santai dan tenang dengan susun atur yang mendamaikan, merupakan kelebihan vila persendirian, Limastiga yang terletak di sebuah perkampungan di Umbai, Melaka, kira-kira 15 minit perjalanan dari Banda Hilir.



Menjadi pilihan kepada ramai pelancong dalam dan luar negara, Limastiga menjadi rebutan terutama bagi mereka yang berkeluarga untuk menginap dan menyaksi sendiri keindahan dan keunikan Limastiga yang mempunyai daya penarik serta mengekalkan keaslian ciri-ciri kampung.
Menurut pemilik dan Pengarah Urusan Limastiga, Akmal Zaaba, Limastiga dibina pada tahun 2013 di atas sebidang tanah yang pada asalnya mempunyai sebuah rumah ibu lama.

Idea seterusnya membina dua rumah ibu lagi yang berhubungan antara satu sama lain dengan menjadikannya sebuah vila persendirian.
Vila ini disasarkan kepada keluarga yang bakal menghadiri perjumpaan, mesyuarat kecil-kecilan, hari keluarga, majlis-majlis sederhana dan sebagainya dengan menganjurkannya di situ.

Konsep pembinaan dan dekorasi Limastiga lebih terarah ke ciri-ciri nusantara, menggunakan kayu-kayu, ukiran, dan sedikit moden bercirikan minimalis.

Konsep terbaharu ialah dapur terbuka berdepan dengan kolam renang bagi memudahkan pelanggan yang mahu memasak sendiri untuk keluarga.

Limastiga menyediakan penginapan selesa yang menggabungkan seni bina moden cara kampung dengan enam buah bilik keluarga yang luas bersandarkan kepada kehijauan kawasan persekitaran.

Vila ini juga mempunyai tiga rumah ibu (sekarang lima buah ) dengan 14 buah bilik, sebuah kolam renang yang melingkari kawasan di hadapan banglo-banglo utama yang dihubungkan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur, bilik seminar, kemudahan kawasan berbeku, karaoke dan dapur.

“Sekiranya pelanggan yang menginap mahu pihak Limastiga menyediakan hidangan, pihak kami akan menyediakan mengikut apa yang dipesan.

“Namun begitu, kami tetap memelihara konsep bersendiri (privacy) yang kami terapkan pada Limastiga, iaitu pelanggan bebas berbuat apa sahaja di kawasan ini bersama ahli-ahli keluarga lain tanpa pihak kami bersama.

“Ini bermakna, kakitangan kami akan berada di kawasan ini sekiranya perkhidmatan mereka diperlukan. Sekiranya tidak, pengunjung akan berada di Limastiga tanpa ‘gangguan’ daripada kami.

“Apa yang penting, Limastiga memang dikenali dengan keaslian pemandangan dan kecantikan kawasan sekitar serta kemudahan tempat-tempat makan yang menarik, apatah lagi pada waktu malam memang sangat cantik dan tenang,” kata Akmal yang menyatakan Limastiga boleh memuatkan 50 ahli keluarga pada satu-satu masa.

Menurut Akmal, Limastiga diperuntukkan kepada pelanggannya dalam bentuk sewaan sepenuhnya rumah-rumah berkenaan mengikut hari menginap yang dimahukan pelanggan.

Ini bermakna apabila sewaan telah dilakukan oleh pelanggan, vila berkenaan akan ditutup kepada orang luar agar, agar tempat berkenaan sepenuhnya menjadi `milik’ penyewa.


Tiada peraturan tertentu yang perlu dipatuhi pelanggan ketika menginap di sini sehinggakan mereka boleh mandi di kolam pada waktu tengah malam.

“Vila persendirian yang dikhususkan untuk golongan Muslim ini merupakan tempat yang amat menarik, memberikan bukan sahaja kenangan kepada mereka yang menginap di sini, malah menjanjikan kepuasan berehat bersama keluarga atau rakan dan kenalan ketika menghadiri majlis, atau sekadar mahu bersantai, bermesra bersama keluarga tercinta.

“Bukan itu sahaja, apa yang penting tempat ini sangat memberikan suasana bersendiri kepada pengunjung bersandarkan kepada kecantikan alam semula jadi, kehijauan dan keindahan suasana persekitaran,” katanya yang memberitahu boleh menghubungi hotline 012-6237687 (Siti) untuk pertanyaan lanjut.
 
Copyright © 2006 Viral Terkini - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info